
Dah agak lama tak menulis, banyak kerja dan kekadang bila rajin, akal pula kurang. Banyak nak ditulis, almaklum suka komen sana sini. Kali ni nak cerita bukan nak komen, komen banyak orang marah, tak suka, meluat, menyampah dan berbagai lagi perkataan yang sinonim dengan perlakuan itu. Apapun, apa yang tersirat mesti disuratkan. Topik tentang bangsa kita yang dah 52 tahun merdeka dari penjajah!!!! Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!! setiap kali 31 Ogos menjelang, laungan keramat itu meremangkan bulu roma rakyat Malaysia yang bernaung di bawah GAGASAN 1 Malaysia! Marilah kita renung bersama-sama, melihat dan bermuhasabah diri sambil-sambil mengenali Bangsa kita yang telah 52 tahun bebas ini.
Bukan semua yang di utarakan ini mewakili Melayu secara total, mungkin sesetengah dan mungkin sebahagian kecil dari mereka yang sebangsa dengan saya pernah, sedang dan akan terus melakukan perbuatan dan bersifat begini. Panjang mukadimah kali ini. Panjang sebab takut orang tersalah faham dan terus meluat.
Macam ni je ceritanya.....Pernah Ke Stesen Minyak yang ada KEDAI MESRA?. Tak payah sebut Jenama, semua orang tahu....Hampir 90% pekerja kat dalam situ sebangsa dengan kita kan? MELAYU.....!!! Mesra tak mereka? Jangankan nak berterima kasih, senyum pun tak! Pernah sekali saya berbaju Melayu dan berkopiah, letak minyak dan berbaki....patut tak budak perempuan Melayu bertudung tu beri duit baki dengan tangan KIRI? Saya cakap pada dia dengan berhemah sebab saya MELAYU, saya kata "Adik, tadi saya bagi salam adik tak jawab, sekarang pulangkan saya duit dengan tangan kiri...saya orang melayu, boleh guna tangan kanan?" Jawaban gadis manis tadi pendek tapi cukup memedihkan, "Nak duit tu ambil, tak nak sudah...ramai orang lain nak saya layan" MESRA? Melayu yang TAK MESRA di kedai MESRA. Apalah sibuk sangat sebab benda-benda yang remeh macam ni. Bukan menyibuk, tapi itulah bangsa kita, kalau dengan bangsa lain siap panggil TAUKE, BOSS, ENCIK, TUAN dan macam-macam lagi kata panggilan PENUH HORMAT, biarlah yang datang tu cuma KULI!!!! KITA TETAP MEMANDANG ORANG DARI BANGSA LAIN MULIA DAN TINGGI!!! Bangsa sendiri dipandang jijik, bodoh dan dungu. MERDEKA!!!, pandangan dan fikiran kita belum merdeka!

Itu cerita tentang yang pelajarannya kurang tinggi, agak rendah. Yang berpelajaran??? Pergi saja kat mana-mana kaunter perkhidmatan yang ada orang kita, kaunter bil, kaunter pos...kalau ada yang layan kita dengan senyuman, bertuah sangat kita hari tu! Muka cantik tapi masam mencuka, kalau tanya kenapa masam, dia kata penat....! Kalau dah tahu kerja itu memenatkan, kenapa penat-penat isi borang minta kerja tu dulu? Berhenti je! Kalau nak cerita tentang bangsa kita yang sombong dan angkuh ni,sampai bila pun tak habis, tapi yang sedihnya....SOMBONG DENGAN BANGSA SENDIRI JEEEE!!!! Dengan bangsa lain kita hormat bagaikan MEREKA insan mulia. MERDEKA!!!














