skip to main |
skip to sidebar
Suatu Hari Di Hari Raya
Setelah 41 thn menjalani kehidupan di muka bumi Allah, sudah berkali-kali menyambut perayaan hari raya, raya puasa dan haji. Ingatan zaman budak-budak saya bermula mungkin ketika sekitar umur 7 ke 8 tahun...rasa-rasanyalah! Maklum budak-budak dahulu tahun 60an dan awal 70-an akal agak kurang, bukan bodoh tapi kurang penumpuan, ingatan kurang, mungkin kerana pemakanan waktu itu kurang berkhasiat. Budak-budak sekarang, umur baru 3-4 tahun, cerdik dan petah, akal mengalahkan orang tua....ibu bapa tersenyum suka. Mak bapak dulu....masam mencuka, ya lah anak dah besar panjang, cakap masih gagap, kencing dan berak tak tahu nak cakap....last-last meleleh kat paha busuknya jangan cakap!

Bertuahnya jadi budak-budak sekarang! Seingat saya dulu waktu nak raya, mak dan abah amanahkan pada abang untuk memantau saya dan kakak untuk tangkap ayam buat lauk raya! Ayam kampung, lari laju siap dengan terbang lagi kalau terkejut atau takut...berpeluh-peluh nak tangkap seekor ayampun. Akal kena jalan, jadi abang akan ambil raga, sendeng dengan kayu yang di ikat tali, letak beras kat dalam, tunggu ayam datang makan dan tarik kayu! Mesti dapat ayam, tapi selalu yang dapat anak ayam la! Jalan terbaik .........kejar ayam tu sampai ayam tu penat, petang baru dapat 5-6 ekor. Abah akan sembelih dan cabut bulu masih menjadi tugas saya dan kakak, penat tapi seronok! Puasa?, confirm tak pada hari tu...budak-budak dah beraya, tinggal orang-orang tua saja berpuasa!

Malam bakar lemang bersama-sama bapa saudara sebelah abah dan tok wan join sekali. Tugas waktu budak-budak untuk menjayakan pembakaran lemang?, tiada. Tak ada apa kerjapun dalam waktu ini, cuma jadi tukang rasa waktu lemang dah masak. Sambil tunggu tu main mercun ular, mercun ayam, mercun kereta kebal. Leceh kalau main mercun ular, jari, muka, kaki dan badan jadi hitam legam sebab bila dah bakar mercun ni akan jadi macam ular tapi hitam dan ia sebenarnya macam arang! Anak orang kaya main mercun tembak 10-20 kali yang menghasilkan berbagai warna.....budak yang tak ada duit duduk ternganga, tengok penuh iri hati!
Part paling best, pagi-pagi buta hari raya, abah bawa ke telaga, mandi sunat hari raya...abah niatkan, dari abang, kakak dan saya abah borong niat........kami tak pandai! Siap mandi, pakai baju raya. Baju biasa, tapi baru dan seluar pun sama. Ada pakai seluar pendek, tali pinggang kasut selalunya kasut plastik, warna putih sebab habis raya boleh pakai pergi sekolah! Siap pakai, ramai-ramai pergi masjid. Bukan sembahyang, tapi berbaris tunggu siap orang sembahyang nak ambil duit raya. Bukan banyak, lima kupang (50 sen).........cukup banyak waktu tu, tak ke masjid kira rugi besar. Sekarang?, lima kupang siapa pandang?, kalau bari lima kupang budak-budak kutuk sampai mati, kurang-kurang seringgit. Pendapatan budak-budak dulu seharian berjalan raya lebih kurang 5 ringgit, sekarang RM70-RM80. Itupun ada yang dapat RM200-RM300. Seronoknya jadi budak zaman sekarang. Lepas tu mak dan ayah pinjam, untung kalau ada anak ramai zaman sekarang, macam saya la kot!
Sekali tu masa darjah tiga (thn 77), Arwah Cikgu Omar bagi kat kami murid-murid dia seorang seringgit, siap cerita satu kampung dan orang kata cikgu tu orang kaya............! Terima Kasih cikgu kerana telah menggembirakan saya dan kawan- kawan suatu hari di hari raya berpuluh tahun yang lalu............ TERIMA KASIH CIKGU OMAR, CIKGU CIK MAH, CIKGU SHAFIE, CIKGU RIDZUAN DAN SEKALIAN GURU-GURU KU!
No comments:
Post a Comment