
Sudah hampir 30 kali menyambut perayaan Aidil fitri dan Aidil adha, sejak 15 tahun yang lalu bermula 1994, kebanyakan waktu menyambut perayaan tersebut saya beraya di negeri kelahiran isteri, Terengganu. Kenapa tak di tempat kelahiran saya?, ia adalah kerana saya tinggal dan berkerja di sana. Kenapa tidak boleh berkorban sedikit kepada isteri yang telah banyak berkorban kepada saya dan anak-anak, lalu saya membuat keputusan untuk menyambut raya di tempat isteri.

Perjalanan pulang selama 29 kali, memberikan permandangan yang yang sama. Panorama persekitaran yang tak menjemukan, pantai yang indah kerana saya menggunakan jalan pantai dari Besut ke Kuala Terengganu. Anak-anak kecil di sekitar kawasan Bari, berbasikal dan berpakaian dengan pakaian yang ala kadar untuk bermain-main, berbasikal dan berkejaran di pantai amat melapang dan mendamaikan jiwa. Selalunya, di dalam perjalanan saya dan isteri akan sentiasa berkongsi pengalaman masa lalu bersama anak-anak, sebagai panduan dan penguat jiwa bagi menempuh masa mendatang, moga-moga anak-anak akan sentiasa sedar siapa dirinya, bagaimana untuk mendewasakan diri mereka untuk menjadi insan melayu islam yang berguna.

Untuk Syawal kali ini, saya bertolak balik ke Kuala Terengganu pada pukul 5 petang dari Sungai Petani. Perjalanan seperti biasa, cuma di atas Lebuhraya Timur Barat, ada dua kali bertembung dengan gerombolan gajah liar dari 5 hingga 6 ekor, tetapi gajah-gajah ini masih mahu berkongsi kedamaian hari terakhir Ramadan itu dengan tidak mengganggu pengguna lebuhraya seperti saya dan pemandu lain, mereka menyusur tepian lebuhraya dengan ''berhemah'', betul ke berhemah untuk sang gajah? Berdisplin?, lagi tak masuk akal...kira bolehlah!

Kalaulah sang gajah tadi ke Kuala Terengganu, mau pengsan si gajah tadi....terkejut! Kat Jalan Stadium Sultan Mizan, saya tak jumpa gajah, tapi anak-anak muda merempit dengan kapcai dan rxz, amat menakutkan apabila di kiri dan kanan kereta anda ada mereka. Memecut, mengangkat tayar, baring kat atas motor dan memberikan anda hadiah simbol 'f-c-', last-last ada sorang mamat bodoh tu langgar belakang kereta Honda Civic model baru, hancur belakang kereta abang tu. Mamat tu tak mati, tapi yang sakit hati tu, kawan-kawan dia datang ambil dia terus belah.....motor tinggal kat situ, tak ada plate no....rasanya motor curi!

Kesian kat abang Honda Civic tu, belum sampai rumah lagi, kereta dah tak boleh pakai raya. Mereka semuanya anak MELAYU,Beragama Islam........sedih sangat bila mereka lupa diri dan agama, menyusahkan orang! Sedarlah bangsaku, KITA MELAYU BERAGAMA ISLAM!!!! MALU PADA ALLAH!
Gajah Lebih baik dari kita????????



No comments:
Post a Comment