Setiap kali hari raya menjelang atau setiap hari yang kita lalui, makanan dari masakan siapakah yang paling sedap dan enak dimakan?, sehingga menjilat jari seperti kata 'Kolonel Sanders' kat restoran antarabangsa miliknya! Paling mudah dan tepat, mestilah masakan ibu, emak, ummi, mama atau apa saja panggilan kepada yang melahir dan membesarkan kita.
Kita dibesarkan dengan masakan air tangan ibu tersayang, sampai mati kita akan sentiasa kata 'kari ibu paling sedap' atau apa saja masakan ibu, itulah juadah yang paling sedap.....! Beruntungnya mereka yang masih dapat merasai masakan air tangan ibu dan paling beruntung menjadi anak kesayangan ibu apabila setiap masakan kegemaran anak kesayangan akan dimasak oleh ibu.

Anak terbuang? Makanlah apa saja yang ada...sedap atau tidak itulah makanan kamu! Terkadang, disebabkan kerana tidak menyayangi si anak, si ibu terlupa untuk bertanya khabar si anak buat sekian lama, ketahuilah ibu...........sebenarnya anakmu amat merinduimu, masakanmu masih terasa enaknya walau tidak pernah dijemput makan bersama, senyumanmu terlalu manis biarpun sudah lama engkau tak pernah senyum pada anak mu, kenapa mesti disisih anak yang engkau kandung dan lahirkan?

Sahabatku, rintihan itu adalah rintihan seorang anak yang saya temui di tepi Pantai Batu Buruk, bersaorangan diri membilang untung nasib bila ia tidak dialukan dalam keluarga sendiri kerana beliau kurang pelajaran dan tidak berharta seperti saudara-saudaranya yang lain.
Buat si ibu, kasihanilah anak-anakmu, sayangilah mereka sementara mereka masih ada, mereka tak pernah minta dilahirkan, tetapi engkau telah melahirkan mereka.....mereka tiada pilihan, engkaulah ibu mereka! Kasih sayangmu, masakanmu, belaianmu, senyumanmu itulah yang paling mereka nantikan dan harapkan....!
Kita bangsa melayu beragama Islam, terangkum dengan adat dan susila. Islam meletakkan ibu di tempat tertinggi, kenapa kekadang kita meletakkan anak kita di tempat yang tidak selayaknya...........INGATLAH anakmu IBU!

No comments:
Post a Comment