Suatu hari di hari Raya,
Kuih dan ketupat lemang pun ada,
Dok tersaji penuh meja,
Ada yang makan tak kurang yang cuma rasa-rasa,
Pun ramai yang dok tengok saja,
Tuan rumah jadi tertanya-tanya,
Awat tak sedap ka atau hangpa nak makan apa?
Ka hangpa mai rumah aku ni nak balas duit saja?
Tak kisah la apa saja tapi sebenarnya aku haram tak kenai hang sapa
Biasala Hari Raya kita tak kira rumah sapa pasai hari ni semua rumah terbuka
Kami tengok pintu buka kami rodong masuk la!
Sedax-sedax dah lama dah dok raya
Hari ni dah hari kelima baju raya pun dah tukax rona
La....esok kerja
Rasa2 macam badan pun nak selsema
Ada peluang esok tak payah pi kerja tapi MC mana?
ESOK PAGI JUMPA DOKTOR buat muka macam sakit dah lama
Doktor tanya mau mc lama mana?
Ikut tuan doktor punya bijaksana
Lagi lama lagi saya suka
Gaji September dapat awai sebelum raya dia dah mai
Beli baju kasut baru untuk anak yang tak terbilang ramai
Semua mahai-mahai
Itu semua no hal sebab pi bank tekan duit keluax sekepai-sekapai
Zaman sekarang anak tak mau baju cap kapai mau kalu mesti cap mahai-mahai
Songkok mesti ada kalau tidak tak mau raya tak main la setakat kepiah lebai
Pakistan carpet cakap, mau carpet baru boleh pi pilih di kedai
Habih raya sedax-sedax Pakistan carpet dok melambai-lambai
Nak bayax dengan apa sebab duit tinggai dua tiga helai
Muka bini macam hantu raya dok menyebai
Anak-anak lansung tak berani nak buat pandai
Cakap banyak satgi tobat kena tibai
Nak buat macam mana bila ada masalah mesti kena selesai!
Tak guna menyesai....
Tu lah orang tua dah pesan nak buat apa-apa kena guna AKAIIII....
Seloka seronok-seronok bukan boleh pakai
Selamat Hari Raya Di Bulan SYAWAL!
Thursday, September 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment